Buletin
Ayda Jebat rela rambut dipotong demi jayakan watak


Tarikh disiarkan: 18 November 2019

Ayda Jebat tak fikir soal bayaran, sebaliknya lebih utamakan kepuasan dalam menjayakan watak yang dilakonkannya.
Ayda Jebat tak fikir soal bayaran, sebaliknya lebih utamakan kepuasan dalam menjayakan
watak yang dilakonkannya.

18 Nov– Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat terus memperlihatkan komitmen tingginya dalam memastikan watak yang dibawanya mampu memberi impak apabila dia bakal mengubah imej pada rambut pendek untuk jayakan drama terbarunya.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, berkata dia sanggup memotong rambut pendek atas kerelaan diri dan bukannya kerana mendapat bayaran tinggi.

"Tidak lama lagi, saya bakal memulakan penggambaran sebuah drama bersama Remy Ishak. Namun, saya diminta memotong rambut demi watak terbabit. Ia bakal menjadi pengalaman pertama saya memotong rambut pendek.


"Jadi, tidak sabar juga rasanya hendak melihat wajah dengan gaya sebegitu. Saya juga berbuat demikian bukan kerana soal bayaran, sebaliknya apa yang penting adalah kepuasan diperoleh daripada pengalaman itu," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Tambah pelakon "Pinjamkan Hatiku" ini lagi, membawa pelbagai watak dalam lakonan pasti akan memantapkan lagi portfolio lakonannya.

Dalam pada itu, Ayda berkata walaupun dia dilihat seperti mengutamakan kerjaya nyanyiannya sahaja, tetapi dia sudah menetapkan untuk menerima sekurang-kurangnya sebuah tawaran berlakon setiap tahun.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Ayda bakal terlibat dengan festival muzik Stereofest yang bakal berlangsung di Singapura pada Februari 2020.

Festival muzik itu akan menyaksikan lebih 20 artis popular dari Malaysia, Indonesia dan Singapura membuat persembahan bersama.

(Sumber foto: Ayda Jebat Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide