Ahmad Idham letak jawatan sebagai CEO FINAS awal tahun 2020 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Ahmad Idham letak jawatan sebagai CEO FINAS awal tahun 2020

Penulis: Ashraf Nasser

Ahmad Idham mohon untuk lepaskan jawatan lebih awal atas sebab peribadi.
Ahmad Idham mohon untuk lepaskan jawatan lebih awal atas sebab peribadi.

9 Dis– Permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu Ahmad Idham untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya telah diluluskan oleh Ahli Lembaga FINAS.

Menurut satu kenyataan media oleh FINAS hari ini, tempoh kontrak perkhidmatan Ahmad Idham akan tamat pada 10 Mac 2020.

Kenyataan itu turut mendedahkan pengarah, penerbit dan pelakon itu telah memohon tempoh kontraknya dipendekkan atas sebab-sebab peribadi.

Berikutan itu, pihak FINAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Idham di atas segala sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dan mengucapkan selamat maju jaya buatnya di masa hadapan.

Terdahulu, Ahmad Idham dikecam hebat oleh penggiat seni dan juga warganet selepas dia mencadangkan supaya pihak kerajaan mengawal selia atau menapis kandungan dalam platform penstriman video popular Netflix.

(Sumber foto: Ahmad Idham Instagram)

Cinema Online, 09 Dis 2019

Filem Berkaitan:
Minahmoto (Melayu) (26 Jun 2017)
Mat Moto Otai (Melayu) (06 Okt 2016)
Pencuri Hati Mr. Cinderella (Melayu) (10 Ogos 2017)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan