Buletin
Ainul Aishah perlahan kerjaya seni demi urus perniagaan


Tarikh disiarkan: 29 Julai 2019


Ainul Aishah mahu segera mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya.

29 Jul – Pelakon Ainul Aishah memberitahu dia kini mula memperlahankan kerjaya lakonannya demi memberi tumpuan kepada perniagaan yang diusahakannya bersama teman lelakinya iaitu Khalid Redzuan.

"Ketika ini, dia (Khalid) turut bertindak sebagai rakan kongsi perniagaan biskut yang saya usahakan. Saya pula mengendurkan aktiviti lakonan bagi memberi tumpuan kepada bisnes," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai hubungan cintanya dengan teman lelakinya, Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun berkata selepas lebih dua tahun menyulam cinta, dia berharap agar hubungan mereka akan berakhir di jenjang pelamin.


"Memang kami mempunyai perancangan kea rah mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, saya serahkan keputusan berhubung perkara itu kepadanya. Saya sudah beberapa kali juga memberikan bayangan mengenai hal terbabit kepadanya."

Tambah pelakon "Untuk Tiga Hari" ini lagi, dia berharap agar dapat mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana dia sememangnya serius dalam perhubungan selain usianya juga bakal memasuki angka 35 pada tahun 2020.

Sementara itu, Ainul juga berkongsi mengenai teman lelakinya yang mana kedua-dua mereka banyak berkongsi minat yang sama iaitu seperti suka bersenam di gimnasium dan melakukan apa sahaja aktiviti yang menyihatkan.

Mereka juga gemar bercuti di tempat-tempat menarik.

(Sumber foto: Ainul Aishah Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Untuk Tiga Hari (Melayu) (20 September 2012)
SKRIP 7707 (Melayu) (16 Julai 2009)
HISTERIA (Melayu) (18 Disember 2008)





Ticket Pricing Guide