Buletin
Aishwarya Rai bawa watak antagonis dalam filem Mani Ratnam


Tarikh disiarkan: 17 Mei 2019


Pasti ramai peminat yang tidak sabar mahu menonton lakonan terbaru Aishwarya Rai sebagai watak antagonis.

17 Mei – Buat pertama kalinya pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai bakal menjayakan watak yang tidak pernah dibawanya sebelum ini iaitu watak antagonis.

Menurut laporan dari Bollywoodhungama, aktres itu akan terlibat dengan filem arahan pengarah tersohor iaitu Mani Ratnam.

Kedua-dua mereka ini mempunyai hubungan yang cukup baik sejak lebih sedekad lalu apabila mereka pernah berkolaborasi untuk banyak filem Hindi dan Tamil.


Dalam filem terbaru yang berkisarkan mengenai kebangkitan Raja Chola ini, Aishwarya akan membawa seorang isteri yang sangat licik dalam merancang untuk menjatuhkan raja yang baik.

Watak Aishwarya dalam filem ini akan menyaksikan penonton akan melihat sisi berbeza yang mana sebelum ini lebih sinonim dengan watak heroin atau baik.

Filem ini diangkat dari novel Ponniyin Selvan iaitu mengenai kehidupan Arulmozhi Varman, Maharaja Chola dan berlatar belakang pada abad ke-10.

(Sumber foto: telebrity.blogspot)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide