Buletin
Akshay Kumar bimbing Abhimanyu Singh lakon babak aksi


Tarikh disiarkan: 11 Julai 2019


Babak aksi yang perlu dilakonkan oleh Abhimanyu Singh dalam "Sooryavanshi" berbeza dari filem sebelumnya.

11 Jul – Aktor Abhimanyu Singh bakal menjayakan watak antagonis dalam filem aksi "Sooryavanshi" di mana dia perlu melakonkan babak aksi di bawah bimbingan Akshay Kumar.

Walaupun sebelum ini Abhimayu pernah menjayakan pelbagai babak aksi dalam filem lakonannya, namun ia agak berbeza dalam filem terbaru itu.

"Dalam filem ini, saya perlu melompat dari sebuah bangunan ke sebuah lagi dan penggambaran babak aksi akan berterusan selama 13 hingga 15 hari.

"Jadi saya berasa sedikit gementar pada mulanya namun Rohit membuatkan saya sedikit selesa dan Akshay membimbing saya dengan baik," ujar aktor itu menerusi laporan dari Pinkvilla.

Tambahnya lagi, Akshay turut bersama berlatih melakonkan babak tersebut bersamanya bagi memastikan dia ingat akan setiap pergerakan yang perlu dilakukan.


Pengarah Rohit Shetty juga mengajarnya cara untuk mengimbangkan diri dan postur badan selepas melakukan lompatan itu.

Abhimanyu membuat debut di layar perak menerusi filem thriller arahan Rakeysh Omprakash Mehra berjudul "Aks" dan filem "Mom" bersama mendiang Sridevi.

Pihak produksi filem baru sahaja selesai menjalankan penggambaran di Hyderabad dan akan meneruskan penggambaran babak aksi di Thailand.

Selepas itu, Akshay dan Katrina Kaif akan menjalani penggambaran bagi lagu "Tip Tip Barsa Paani" yang akan ditampilkan dalam filem tersebut.

Filem arahan Rohit Shetty yang dinanti ramai ini bakal ditayangkan di pawagam pada 27 Mac 2020.

(Sumber artikel: Pinkvilla)
(Sumber foto: Biz Asia)

Penulis: Nisa Irina