Buletin
Akshay Kumar cedera di set penggambaran "Sooryavanshi"


Tarikh disiarkan: 12 November 2019

Akshay Kumar meneruskan penggambaran "Sooryavanshi" selepas dirawat.
Akshay Kumar meneruskan penggambaran "Sooryavanshi" selepas dirawat.

12 Nov – Malang tidak berbau apabila bintang Bollywood Akshay Kumar cedera di lengan kirinya ketika terlibat dengan penggambaran filem aksi "Sooryavanshi" di Mumbai baru-baru ini.

Seperti yang dilaporkan, ketika kejadian Akshay sedang menjayakan satu lagak aksi bagi sebuah babak penting untuk filem tersebut.

"Otot di lengan kiri Akshay terseliuh. Kami mendapatkan bantuan daripada seorang ahli fisioterapi bagi merawat kecederaan itu dan dia kembali meneruskan penggambaran.

"Kini hanya tinggal penggambaran bagi sebuah lagu dan beberapa hari lagi untuk menamatkan penggambaran filem ini," dedah satu sumber terdekat yang dipetik dari Masala.

Penggambaran filem yang padat dengan aksi itu dijalankan di beberapa lokasi di Hyderabad, Mumbai dan Bangkok. Ia turut disertai dengan penampilan 'cameo' oleh Ranveer Singh dan Ajay Devgn.


"Sooryavanshi" merupakan sebuah filem terbitan Rohit Shetty dan Karan Johar yang turut dibintangi oleh Katrina Kaif dan Gulshan Grover. Ia dijangka untuk dirilis pada 27 Mac 2020.

Dalam perkembangan terbaru, Akshay telah selesai menjalani penggambaran bagi video muzik lagu "Filhall" bersama penyanyi Punjabi B Praak, yang turut menampilkan Nupur Sanon.

(Sumber foto: Glitz Magazine)
(Sumber artikel: Masala!)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide