Buletin
Akshay Kumar dan Nawazuddin Siddiqui mula penggambaran lagu "Housefull 4"


Tarikh disiarkan: 23 Mei 2019


Akshay Kumar dan Nawazuddin Siddiqui akan menari bersama pelakon serta 500 orang
penari latar dalam lagu filem "Housefull 4".

23 Mei – Para pelakon filem "Housefull 4" bakal memulakan penggambaran bagi sebuah lagu istimewa dalam filem itu di sebuah studio.

Menurut laporan MumbaiMirror, para pelakon yang terbabit dalam penggambaran itu ialah Nawazuddin Siddiqui, Akshay Kumar, Kriti Sanon, Riteish Deshmukh, Pooja Hegde, Bobby Deol dan Kriti Kharbanda.

Nawazuddin akan membawa watak seorang bomoh berpangkat tinggi yang tinggal dalam sebuah gua bersama 300 orang pengikutnya.

Satu sumber memberitahu bahawa lagu itu akan lebih menonjolkan watak-watak penting yang bukan hanya tampil dalam lagu semata-mata.

"Sebagai seorang bomoh, Nawaz membawa peranan penting untuk menjayakan 'plot twist' dalam filem. Pada hari pertama penggambaran, dia telah melakonkan beberapa babak penting dimana memerlukan dia memakai solekan yang banyak," kata sumber itu.

Sumber itu turut menyatakan bahawa penggambaran pada hari pertama itu diakhiri dengan sambutan hari jadi Nawaz ke-45 bersama pihak produksi.


Selain itu, sebuah takhta telah dihasilkan menggunakan ratusan tengkorak manusia palsu bagi menambah butiran penting dalam filem.

Ganesh Acharya telah ditugaskan untuk mengetuai serta memberi latihan koreografi bagi lagu tersebut.

Lagu itu akan menampilkan lebih 500 orang penari latar bersama Nawaz, Akshay Kumar dan barisan pelakon lain di pentas utama.

Sumber itu turut menafikan dakwaan mengenai set penggambaran lagu yang mirip rancangan Amerika terkenal "Game of Thrones".

Tambahnya lagi, mungkin Akshay mendapat sedikit inspirasi dari "Game of Thrones" memandangkan ia sedang hangat diperkatakan berkenaan musim terakhir rancangan tersebut.

Filem komedi arahan Farhad Samji akan ditayangkan pada Deepavali tahun ini.

(Sumber foto: India Tribune & Masala.com)

Penulis: Nisa Irina