Buletin
Alia Bhatt akui jadualnya padat untuk tahun 2020


Tarikh disiarkan: 7 Disember 2019

Alia Bhatt teruja menantikan filem-filemnya yang akan ditayangkan pada 2020.
Alia Bhatt teruja menantikan filem-filemnya yang akan ditayangkan pada 2020.

7 Dis- 2020 bakal menjadi tahun yang sibuk buat aktres terkenal Alia Bhatt memandangkan dia akan menjalani penggambaran dan mempromosikan beberapa buah filemnya.

"Buat masa ini saya masih sedang melakukan persiapan dan akan terlibat dengan penggambaran filem Sanjay Leela Bhansali dalam beberapa hari lagi.

"Selepas itu saya mempunyai filem besar "Brahmastra" yang kini hampir siap. Kemudian filem bapa saya "Sadak" yang 95 peratus telah siap jadi saya teruja menantikan tahun depan.

"Saya juga akan bekerja dengan S. S. Rajamouli untuk filem "RRR" jadi ya, jadual saya pada tahun depan sangat padat," ujarnya yang dipetik dari Times of India.


Baru-baru ini, Alia hadir memeriahkan majlis Anugerah Glamor dan Stail Filmfare edisi keenam di Mumbai, dan penampilannya di karpet merah telah menarik perhatian ramai menerusi laman sosial.

Turut hadir pada majlis itu ialah barisan aktres lain seperti Ananya Panday, Kiara Advani, Malaika Arora, Anushka Sharma, Kriti Sanon, Sunny Leone, Yami Gautam, Rakul Preet Singh, Dia Mirza dan Adah Sharma.

Alia telah merangkul anugerah Bintang Paling Bergaya (Wanita) dengan gaunnya yang ditaja oleh pereka fesyen dari Greek, Celia Kritharioti.

(Sumber foto: Larista)

(Sumber artikel: Times of India)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide