Amerul Affendi keluar dari zon selesa dengan jayakan teater muzikal | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Amerul Affendi keluar dari zon selesa dengan jayakan teater muzikal

Penulis: Ashraf Nasser

Selain mahu cabar diri, Amerul Affendi terlibat dengan teater ini kerana mahu lihat keutuhan kesatuan dalam kalangan Alumni Aswara.
Selain mahu cabar diri, Amerul Affendi terlibat dengan teater ini kerana mahu lihat
keutuhan kesatuan dalam kalangan Alumni Aswara.

17 Dis – Pelakon Amerul Affendi terus mencari cabaran baru dalam kerjaya lakonannya apabila dia menerima tawaran untuk membintangi sebuah teater muzikal berjudul "Gemilang Sebuah Muzikal" sempena ulang Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ke-25 baru-baru ini.

Menurut Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, dia berkata dia bersetuju untuk terlibat dalam pementasan teater itu kerana mahu keluar dari zon selesa dan cabar diri untuk jayakan naskhah muzikal pula.

"Saya tidak pernah berlakon dalam teater muzikal, tetapi kali ini saya buat kerana mahu keluar dari zon selesa. Saya cuba lakukan perkara yang belum pernah dilakukan sebelum ini," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Selain mahu mencabar diri, pelakon "One Two Jaga" ini juga berkata antara faktor lain yang membuatkannya untuk terlibat dalam teater itu kerana mahu melihat keutuhan kesatuan yang wujud dalam kalangan Alumni Aswara.

"Sebelum ini saya banyak dengar cerita yang tidak sedap membabitkan Alumni Aswara, jadi saya berasakan lebih baik saya masuk, sertai dan lihat sendiri. Kadang-kadang kita dengar cerita saja pun tidak bagus. Ia tidak sihat untuk sebuah pertubuhan apatah lagi ia membabitkan diri kita secara langsung atau tidak langsung."

Tambahnya lagi, dengan cara dia menyertai Alumni Aswara dalam pementasan teater ini memberi ruang kepadanya untuk bersuara secara terus sekiranya merasakan ada perkara yang tidak bagus berlaku sekaligus dapat membawa perubahan yang dikehendaki.

Selain Amerul, teater arahan Along Eyzendy bersama Khairunazwan Rodzy ini turut dibintangi pelakon lain seperti Taqim Zaki, Dewi Seriesta, Zul Huzaimy, Najua P Ramlee, Hairi Safwan, Ayu Shuhara dan ramai lagi.

Dalam perkembangan lain, Amerul bakal muncul dengan filem terbarunya tidak lama lagi berjudul "Prebet Sapu" yang kini dalam proses pos-produksi.

(Sumber foto: Amerul Affendi Instagram)

Cinema Online, 17 Dis 2019

Filem Berkaitan:
One Two Jaga (Melayu) (06 Sept 2018)
Polis Evo (Melayu) (17 Sept 2015)
Pekak (Melayu) (01 Sept 2016)


Waktu Tayangan