20 Sep – Aktres Ananya Panday meluahkan rasa teruja kerana diberi peluang menggalas watak wanita matang dalam filem terbarunya "Pati Patni Aur Woh". Filem itu merupakan sebuah 'remake' filem klasik dengan judul sama pada tahun 1978. Dalam filem itu, Ananya akan digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar. Pengarah Mudassar Aziz masih mengekalkan konsep cinta tiga segi dalam filem itu, di mana Kartik membawa watak Chintu Tyagi yang sudah berkahwin dan kemudiannya jatuh cinta dengan wanita lain. "Watak saya dan Bhumi ialah wanita yang kuat dan berani. Mereka berdua tidak mudah mengalah untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.