Buletin
Ananya Panday beri nasihat cinta bagi wataknya dalam "Pati Patni Aur Woh"


Tarikh disiarkan: 7 Disember 2019

Ananya Panday merasakan dirinya lebih sesuai bawa watak isteri berbanding perempuan simpanan.
Ananya Panday merasakan dirinya lebih sesuai bawa watak isteri berbanding
perempuan simpanan.

7 Dis– Filem komedi romantik "Pati, Patni, Aur Woh" akan menampilkan aktres Ananya Panday sebagai watak orang ketiga dalam hubungan suami isteri bagi filem tersebut.

"Saya terkejut apabila ditawarkan untuk membawa watak 'woh' (perempuan simpanan) kerana saya merasakan saya lebih sesuai untuk membawa watak 'patni' (isteri).

"Nasihat saya untuk watak Tapasya Singh, janganlah mengganggu hubungan orang lain. Cuba letakkan diri di tempat orang itu.


"Jika anda ingin jadi setia, teruskan jadi setia tak kira apa pun yang terjadi. Sesuatu hubungan itu tidak akan kekal jika kedua-dua pasangan tak bersefahaman," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Menurut Ananya, dia teruja menantikan tayangan filem 'remake' itu kerana dia membesar dengan menonton filem asal yang ditayangkan pada 1978 itu bersama neneknya dan kedua mereka sangat meminati aktor Sanjeev Kumar.

Selain Ananya, filem itu turut menampilkan Kartik Aaryan dan Bhumi Pednekar yang menggalas watak sebagai pasangan suami isteri, Abhinav 'Chintu' Tyagi dan Vedika Tyagi.

"Pati, Patni, Aur Woh" diarahkan oleh Mudassar Aziz di bawah terbitan Bhushan Kumar. Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 6 Disember ini.

(Sumber foto: Hello Magazine)

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide