Buletin
Anushka Sharma ingin berehat berlakon selepas filem "Zero"


Tarikh disiarkan: 15 Mei 2019


Anushka Sharma akui agak sukar untuk mengimbangkan kerjaya sebagai pelakon dan
penerbit memandangkan dia mempunyai tanggungjawab lain di sebalik tabir.

15 Mei – Aktres Anushka Sharma telah membuat keputusan untuk memperlahankan kariernya sebagai pelakon buat sementara waktu.

Menurut laporan HindustanTimes, tahun 2018 merupakan pengalaman jatuh bangun buat Anushka Sharma dimana dia dipuji sebagai penerbit menerusi filem yang dibintanginya "Pari".

Selain itu, filem "Sui Dhaaga" mendapat sambutan yang sederhana manakala filem "Zero" kurang mendapat sambutan daripada penonton.

Sebagai seorang aktres, Anushka telah berhempas pulas dan mengerah tenaga dalam menjayakan filem-filem tersebut selain melibatkan diri dalam dunia produksi.

"Sejak tiga tahun lepas, saya telah bekerja dalam dunia fesyen yang boleh dikatakan agak sibuk serta membawa watak-watak yang sukar dalam filem.


"Bukan mudah untuk bekerja dalam filem seperti "Pari", "Sui Dhaaga" dan "Zero" dalam masa setahun. Semuanya berbeza dan memerlukan persediaan yang banyak," ujarnya dalam sebuah kenyataan.

Dia merasakan bahawa dia perlu berhenti seketika dan berehat serta sudah sampai had dimana dia tidak lagi perlu melibatkan diri dalam filem untuk mengisi masa lapang.

Anushka mengakui menjadi seorang penerbit menyebabkan jadualnya sentiasa padat. Dia bersama pihak produksi telah menghasilkan pelbagai rancangan bagi platform penstriman atas talian termasuk sebuah filem.

Pekara itu memakan masanya dan sebagai aktres dia merasakan ia agak sukar untuk dilakukan kerana dia mempunyai tanggungjawab lain di sebalik tabir.

Bagaimanapun, Anushka tetap berpuas hati dengan semua hasil kerjanya walaupun dia seorang yang bersikap memilih dalam kerja.

Selain tiga buah filem yang dinyatakan, Anushka turut membuat penampilan menerusi filem "Sanju" arahan Rajkumar Hirani pada tahun lepas.

(Sumber foto: The Twisted Beast)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide