Buletin
Arjun Kapoor dan Rakul Preet Singh jadi kekasih dalam filem baru


Tarikh disiarkan: 7 November 2019

Arjun Kapoor dan Rakul Preet Singh bakal disatukan dalam filem buat pertama kali.
Arjun Kapoor dan Rakul Preet Singh bakal disatukan dalam filem buat pertama kali.

7 Nov– Penerbit Bhushan Kumar, Nikkhil Advani dan John Abraham akan bekerjasama buat kali keempat bagi menerbitkan sebuah filem bertemakan drama komedi kekeluargaan tidak lama lagi.

Sebelum ini, ketiga-tiga mereka pernah bergabung tenaga dalam menghasilkan filem "Batla House", "Satyameva Jayate" dan "Satyameva Jayate 2".

Walau bagaimanapun, buat masa ini para penerbit masih belum memberi judul kepada filem tersebut, namun temanya adalah kisah percintaan antara pasangan kekasih dari dua negara.

Berikutan itu, mereka telah pun memilih peneraju utama iaitu aktor Arjun Kapoor serta aktres gandingannya, Rakul Preet Singh. Ia merupakan gandingan pertama buat kedua-dua bintang tersebut.

Seperti yang dilaporkan menerusi Bollywood Life, filem itu turut menandakan debut pengarahan bagi Kaashvie Nair, yang pernah membantu Nikkhil dalam menjayakan filem "Patiala House" dan "D-Day".

"Ia merupakan sebuah kisah hidup, percintaan pasangan dari dua negara yang ditulis rapi oleh Anuja Chauhan, Amitosh Nagpal dan Kaashvie.


"Penggambaran akan dijalankan di Punjab dan Los Angeles pada bulan ini, menampilkan watak baru bagi Arjun dan Rakul. Kami akan mengumumkan judul filem dan tarikh tayangan tidak lama lagi," ujar Nikkhil.

Menurut Bhushan pula, filem itu berkait dengan pengalaman hidup seharian serta hubungan bersama keluarga. Dia menjanjikan bahawa para penonton bakal terhibur dengan filem tersebut.

(Sumber foto: Pinterest & Sify)

(Sumber artikel: Bollywood Life)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide