9 Nov – Aktor Arshad Warsi yang sering membuat penampilan dalam filem-filem komedi Bollywood mengakui dia mahukan watak yang lebih serius dan gelap untuk projek akan datang. "Komedi lebih mudah untuk dijual dan pendapatannya juga menguntungkan. Sejujurnya, saya tidak menerima tawaran bagi watak atau filem yang serius dan berat. "Antara saya kurang gemar akan tawaran-tawaran itu atau ianya terlalu menyedihkan. Saya harap seseorang akan hasilkan filem seperti "Sehar", "Jolly LLB" atau "Irada". "Tiada orang yang menawarkan saya sesuatu yang berlainan dari komedi. Saya sudah lama berada dalam industri dan saya tak kisah jika dilabel sebagai pelakon komedi," katanya yang dipetik dari Masala! Dalam perkembangan baru, Arshad akan bersatu semula dengan aktor Sanjay Dutt namun bukan untuk siri filem "Munna Bhai", tetapi sebuah filem baru arahan Sajid-Farhad.