Buletin
"Baahubali" akan ditayangkan di Royal Albert Hall London


Tarikh disiarkan: 11 Oktober 2019

Kerjaya Prabhas naik mendadak selepas membintangi filem
Kerjaya Prabhas naik mendadak selepas membintangi filem "Baahubali: The Beginning".

11 Oct- Filem pecah panggung Bollywood, "Baahubali: The Beginning" terus mencipta kejayaan walaupun sudah empat tahun berlalu apabila ia bakal ditayangkan di Royal Albert Hall di London pada Oktober ini.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, berita gembira itu didedahkan oleh pelakon utamanya iaitu Prabhas yang memberitahu filem itu akan ditayangkan pada 19 Oktober ini.

Malah lebih menakjubkan lagi adalah persembahan orkestra secara langsung akan dimainkan ketika tayangan filem itu ditayangkan untuk memberikan faktor 'wow' kepada penonton.

"Ia akan menjadi satu pengalaman sekali dalam seumur hidup untuk melihat filem kita #Baahubali akan ditayang secara langsung di Royal Albert Hall. Saya tidak sabar untuk terlibat dalam momen bersejarah ini dan tak sabar untuk bertemu anda di sana," ujarnya.


Prabhas sangat teruja dengan berita baik itu kerana filem itu telah berjaya melonjak namanya dan mengubah kerjaya seninya dengan mendadak.

Sebelum ini filem itu juga pernah ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa dan mendapat pujian daripada penonton.

Dalam perkembangan lain, Prabhas terus mencapai kejayaan demi kejayaan apabila filem terbaru lakonannya berjudul "Saaho" turut berjaya mendapat kutipan pecah panggung sejak hari pertama ia ditayangkan di pawagam.

Prabhas juga bakal muncul dengan filem "Armour" arahan Radha Krishna Kumar bergandingan dengan Pooja Hegde.

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: India Today)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide