Amitabh Bachchan tunai janji, langsaikan hutang 2,100 petani | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Amitabh Bachchan tunai janji, langsaikan hutang 2,100 petani

Penulis: Ashraf Nasser


Amitabh Bachchan turut menderma sejumlah wang kepada keluarga terlibat
dalam serangan pengganas Pulwama.

14 Jun – Bintang veteran Amitabh Bachchan telah membantu melangsaikan hutang tertunggak lebih dari dua ribu orang petani dari Bihar.

Bachchan berkata dia telah menjemput sebahagian daripada para petani tersebut ke rumahnya dan menyumbang jumlah wang itu menerusi anak-anaknya, Shweta dan Abhishek.

"Satu janji telah ditunaikan. 2,100 orang petani dari Bihar yang mempunyai hutang tertunggak dipanggil dan hutang mereka dibayar dengan OTS(perjanjian) dari bank.

"Saya turut menjemput sebahagian daripada mereka ke Janak dan memberi wang secara peribadi kepada mereka menerusi Shweta dan Abhishek," jelas Bachchan dalam entri blog miliknya.

Laporan dari MumbaiMirror turut menyatakan bahawa pelakon filem "Badla" itu dalam perancangan untuk menunaikan satu lagi janji yang dibuat kepada keluarga mangsa yang mati syahid kerana terlibat dalam serangan pengganas di Pulwama.

Pada November lalu, Bachchan telah memberi bantuan kepada 1,398 orang petani dari Uttar Pradesh dan 350 lagi dari Maharashta dengan membayar hutang mereka.

Dia turut diangkat sebagai duta "DD Kisan", saluran pertama India khas buat golongan petani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Narendra Modi pada Mei 2015.

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Business Recorder)

Cinema Online, 14 Jun 2019


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan