Buletin
Bella Astillah bakal bintangi drama bersiri


Tarikh disiarkan: 17 Jun 2019


Bella Astillah sibukkan diri demi melupakan apa yang berlaku.

17 Jun – Perceraian dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz bukan penghalang untuk Bella Astillah berhenti dari mencari rezeki buat diri dan anaknya.

Menerusi laporan yang dipetik dari mStarOnline, Bella membuat keputusan untuk menceburi lebih banyak aktiviti seni kerana enggan terlalu bersedih.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata buat masa ini dia banyak meluangkan masa bersama keluarga.

"Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik sahaja, saya pun mula sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti sebagai jalan untuk 'move on'.


"Selain itu, saya juga banyak menghadiri program seni dan tak sabar nak masuk set penggambaran untuk sebuah dram bersiri tidak lama lagi," katanya.

Bella memilih untuk menolak tepi kekecewaan yang dihadapinya supaya anaknya, Mohamad Ayden Adrean tidak terkesan dengan penceraian tersebut.

Penyanyi berusia 25 tahun ini nekad untuk membesarkan satu-satu anaknya itu dalam kehidupan yang lebih positif.

Selain bakal membintangi drama, Bella juga akan tampil melancarkan sebuah 'single' terbaru berjudul "Suatu Hari Nanti".

Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 16 Mei lalu gara-gara Aliff didakwa curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka.

(Sumber foto: Bella Astillah Instagram)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide