Buletin
Bella tak kisah dikatakan banyak dapat tawaran kerana simpati


Tarikh disiarkan: 23 September 2019


Walaupun kembali berlakon, Bella tetap utamakan anaknya terlebih dahulu.

23 Sep – Pelakon Bella Astillah memberitahu dia tidak ambil pusing dengan kenyataan segelintir pihak yang mendakwa rezekinya dalam dunia seni mencurah kerana orang simpati dengan nasib malang yang menimpanya sebelum ini.

"Saya tidak tahu niat orang sama ada mereka tawarkan kerja kerana simpati atau nak tonjolkan bakat saya. Saya tidak kisah apa orang nak cakap.

"Lagipun, mereka tidak tahu apa yang saya lalui. Jadi saya buat apa yang terbaik untuk diri dan keluarga sahajalah. Apa yang penting saya anggap ini semua rezeki anak. Alhamdulillah, rezeki tak putus-putus. Barangkali ini juga berkat doa ibu bapa saya," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Menurut Bella, walaupun dia kini semakin sibuk dengan kerjaya lakonan, namun dia tetap menjadikan anaknya sebagai keutamaan.


Malah dia juga pernah beberapa kali membawa anak ke lokasi penggambaran sekali.

Terdahulu, Bella menjadi sebutan ramai selepas dia memfailkan perceraian dengan bekas suaminya yang juga penyanyi dan pelakon Alif Aziz selepas lelaki itu banyak kali berlaku curang.

Dalam pada itu, sejak mengumumkan dirinya mahu kembali aktif dengan dunia seni Bella telah mendapat banyak tawaran berlakon seperti drama "Cinta Belum Tamat Tempoh" dan telefilem "Jamil Balik Kampung".

(Sumber foto: Bella Astillah Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide