Nikmati Nasi Lemak di pawagam? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Nikmati Nasi Lemak di pawagam?

Penulis: Naseem Randhawa


Mahukah anda makan Nasi Lemak di dalam pawagam?

4 Apr - Bosan dengan snek yang sama seperti bertih jagung, nugget dan lain-lain? Apa kata nikmati salah satu daripada juadah tempatan di pawagam?

Terdapat dua jenis Nasi Lemak yang dijual di kafe MBO yang dikenali sebagai Cafecito yang dilancarkan sejak Mac lalu.

Kedua-dua juadah itu iaitu Nasi Lemak Telur Goreng berharga RM11 dan Nasi Lemak Ayam Rendang berharga RM13.

Anda boleh menikmati juadah itu di Cafecito atau bawa Nasi Lemak itu ke dalam pawagam bersama anda!

Promosi yang dimuat naik di laman sosial Facebook milik MBO Cinemas menyaksikan ia mendapat maklum balas positif dengan ramai yang rancang mahu mencuba Nasi Lemak itu bersama rakan-rakan.

Bagaimanapun, ada juga segelintir yang skeptikal mengenai idea itu memandangkan bau sambal dalam pawagam berhawa dingin akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.


Cafecito di MBO Atria Shopping Gallery.

Berikut adalah senarai beberapa lokasi MBO dengan Cafecito yang menawarkan Nasi Lemak; MBO Kuantan City Mall, MBO the Starling, MBO Atria Shopping Gallery, MBO Elements Mall Melaka, MBO Square One Batu Pahat dan MBO KSL City Mall JB.

Jadi, selepas ini apa pula? Laksa? Roti Canai? Atau pun Char Kuey Teow?

Cinema Online, 04 Apr 2019


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan