Buletin
"BoBoiBoy Movie 2" kutip RM21 juta selepas 11 hari tayangan


Tarikh disiarkan: 20 Ogos 2019


Mampukah "BoBoiBoy Movie 2" atasi kutipan "Munafik 2" sebanyak RM40 juta?
Sama-sama kita tunggu!

20 Ogos - Filem animasi 3D terbaru "BoBoiBoy Movie 2" telah melakar sejarahnya tersendiri apabila berjaya mengutip RM21 juta selepas 11 hari ditayangkan di seluruh negara.

Berita gembira itu dikongsi oleh pengarahnya dan penerbit filem itu yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios iaitu Nizam Razak.

"Alhhamdulillah! Terima kasih semua! Yang belum menonton boleh 'book' tiket sekarang!," tulisnya di laman sosial Facebook miliknya.

Dalam pada itu, penerbit bersama iaitu Astro Shaw menerusi kenyataan di laman sosial Instagram mereka meluahkan rasa bersyukur mereka apabila filem "BoBoiBoy Movie 2" berjaya dapat sambutan memberangsangkan.


Mereka turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan terhadap filem animasi tempatan.

Ini merupakan satu pencapaian terbaik bagi pasukan Animonsta Studios apabila filem kedua mereka berjaya mengatasi kutipan filem pertama iaitu "BoBoiBoy The Movie" yang ditayangkan pada tahun 2016 apabila berjaya kutip lebih RM18 juta.

Apa yang lebih manis lagi adalah filem ini hanya mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan dengan animasi yang ditampilkan untuk filem kedua lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

Jadi kepada anda yang masih belum menonton filem "BoBoiBoy Movie 2", bolehlah ke pawagam berdekatan anda untuk menyokong filem animasi tempatan ini.

(Sumber foto: Nizam Razak FB)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: