Buletin
Darling tak putus asa "Hero" dapat kutipan rendah


Tarikh disiarkan: 18 Oktober 2019

Darling Ngasri jadikan kegagalan filem pertama sebagai pengajaran untuk filem terbarunya pada masa depan.
Darling Ngasri jadikan kegagalan filem pertama sebagai pengajaran untuk
filem terbarunya pada masa depan.

18 Okt – Penerbit filem Darling Ngasri memberitahu kegagalan filem pertama terbitannya di bawah syarikat produksi NS Star Sdn Bhd iaitu "Hero: Jangan Bikin Panas" tidak melemahkan langsung semangatnya sebagai penerbit.

Menurut Darling atau nama sebenarnya Naszreen Ngasri, dia akan membuat 'post mortem' untuk mencari punca kepada kegagalan yang berlaku, namun dia tidak kecewa kerana sudah bersedia dengan risiko sejak mengambil keputusan untuk menerbitkan filem.

"Susah untuk saya ulas kegagalan filem ini. Mungkin terlalu banyak filem ditayangkan jadi puncanya. Mungkin juga resipi saya kurang menjadi dan kekurangan promosi. Banyak benda yang perlu saya perbaiki.


"Ini adalah proses pembelajaran. Kalau saya tak buat filem ini, tak tahu cabarannya. Sekurang-kurangnya saya tahu 'permainan' dalam bidang ini dan strategi yang sepatutnya digunakan selepas ini," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, Darling berkata salah satu faktor mengapa filemnya gagal walaupun dibintangi barisan pelakon popular serta jalan cerita menarik adalah saingan daripada filem-filem antarabangsa.

"Hero: Jangan Bikin Panas" yang mula ditayangkan sejak 3 Oktober lalu sudah pun ditamatkan tayangan di pawagam selepas dua minggu ditayangkan di 66 pawagam seluruh negara.

Ia dibintangi oleh Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Mark Adam, Elisya Sandha, Tash Yong, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

(Sumber foto: voiceguild.org)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide