Buletin
Deepika Padukone pentingkan mesej dalam filem "Chhapaak"


Tarikh disiarkan: 13 Disember 2019


Deepika Padukone tertarik dengan personaliti mangsa serangan asid Laxmi Aggarwal.

13 Dis – Aktres terkenal Deepika Padukone memberitahu dia berasa penting untuk menyampaikan mesej di dalam filem terbarunya "Chhapaak" kepada orang ramai.

"Chhapaak" merupakan sebuah filem berdasarkan kisah benar seorang mangsa serangan asid bernama Laxmi Aggarwal, yang mana wataknya digalas oleh Deepika dengan nama Malti dalam filem tersebut.


"Saya tak selalunya memilih filem yang mengetengahkan wanita, sebaliknya saya tertarik kepada watak yang kuat. "Chhapaak" bukanlah filem yang mengetengahkan wanita.

"Kami hanya ingin mesej filem disampaikan kepada penonton dan orang ramai kerana ia sangat penting," ujarnya yang dipetik menerusi laporan Times of India.

Menurut Deepika lagi, hatinya tersentuh melihat kekuatan, sikap dan keunikan yang ada pada diri Laxmi serta menyifatkan wanita itu sangat menghiburkan dalam dunia sebenar.

Selain Deepika, filem itu turut menampilkan aktor Vikrant Massey, yang terkenal dengan filem "A Death In The Gunj", dan Rohit Sukhwani.

Diarah oleh Meghna Gulzar, yang turut bertindak sebagai penerbit, filem "Chhapaak" bakal menemui penonton di pawagam pada 10 Januari 2020.

(Sumber foto: Vogue India)

(Sumber artikel: Times of India)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide