Buletin
Deepika Padukone punyai syarat tersendiri untuk terima filem


Tarikh disiarkan: 5 Disember 2019

Deepika Padukone ingin terlibat dengan lebih banyak filem Hollywood.
Deepika Padukone ingin terlibat dengan lebih banyak filem Hollywood.

5 Dis– Aktres versatil Deepika Padukone mengakui dia bersikap selektif dalam memilih tawaran untuk memastikan dia kekal relevan dan filem yang dibintanginya sebuah naskhah yang berkualiti.

Sehubungan dengan itu, Deepika turut mendedahkan dia telah menetapkan syarat tersendiri sebelum memilih filem, skrip dan watak yang ditawarkan.

"Cara saya memilih projek kekal sama seperti apa yang saya lakukan pada 10 tahun lalu. Saya mengikut keberanian dan kata hati sendiri.

"Saya hanya akan memilih filem yang mencabar saya keluar dari zon selesa. Saya perlu berasa gementar atau teruja sesudah membaca sesebuah skrip, kalau tidak saya tidak akan menerima filem itu.


"Bagaimanapun, ia tidak semestinya filem-filem yang berat. Ketika saya memilih filem "Yeh Jawaani Hai Deewani", keterujaan itu terasa kerana saya tidak pernah membawa watak seperti Naina. Saya perlu rasa tercabar," katanya yang dipetik dari Hindustan Times.

Dalam perkembangan terbaru, Deepika dilaporkan akan membintangi sekuel filem Hollywood "XXX: Return Of Xander Cage" dan ingin lebih aktif dalam menceburi industri filem Hollywood.

Selain itu, dia juga akan membintangi filem sukan kriket berjudul "83" bersama suami Ranveer Singh serta filem inspirasi kisah benar "Chhapaak" yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.

(Sumber foto: Maxim)

(Sumber artikel: Hindustan Times)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide