"Dendam Pontianak" dapat sambutan di Singapura | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Dendam Pontianak" dapat sambutan di Singapura

Penulis: Ashraf Nasser


Sudahkah anda menonton filem "Dendam Pontianak".

19 Sep – Filem seram tempatan iaitu "Dendam Pontianak" telah mencipta kejayaan tersendiri apabila ia berjaya mendapat sambutan memberangsangkan di negara jiran iaitu Singapura.

Perkara itu didedahkan oleh Pengurus Pengedaran dan Pemasaran Filem, Primeworks Studios iaitu Liz Chong yang berkata sehingga kini jumlah keseluruhan filem itu sudah mencecah S$500,000 atau sekitar (RM1.64 juta).

"Filem "Dendam Pontianak" di Singapura yang mula ditayangkan pada 29 Ogos lalu juga sudah mengatasi kutipan pecah panggung dibuat filem "Hantu Kak Limah" dan juga "Dukun" sebelum ini.

"Kebanyakan penonton memberikan komen positif terhadap filem yang diarahkan oleh Geln Goei dan Gavin Yap ini, terutama membabitkan pengarah seni dan juga sinamatografinya" ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah Liz lagi, selain itu rata-rata penonton juga menggemari latar cerita memaparkan cinta membabitkan watak utama iaitu Mina lakonan Fazura.

Dalam pada itu, sambutan terhadap "Dendam Pontianak" di Malaysia juga agak positif apabila berjaya kutip lebih RM1.3 juta selepas seminggu ditayangkan.

Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Fazura, Remy Ishak, Namron, Tony Eusoff, Hisyam Hamid dan ramai lagi.

Cinema Online, 19 Sept 2019

Filem Berkaitan:
Dendam Pontianak (Malay) (12 Sep 2019)


Waktu Tayangan