Buletin
Devan R pertaruh mitos Raja Bersiong dalam "KL Vampires"


Tarikh disiarkan: 8 November 2019

Pengarah Devan R bersama barisan pelakon "KL Vampires".
Pengarah Devan R bersama barisan pelakon "KL Vampires".

8 Nov – Jika sebelum ini penonton tempatan lebih mengenali vampires menerusi filem-filem luar negara, kini Malaysia juga sudah mempunyai filem vampires sendiri iaitu "KL Vampires".

Filem arahan pengarah berbakat besar Devan R ini adalah sebuah naskhah fiksyen yang mengambil inspirasi dari filem luar negar tetapi memberi suntikan tempatan iaitu dengan mengangkat mitos Raja Bersiong sebagai latar belakang cerita.

Menurut Devan yang mempunyai yang mendalam terhadap filem-filem fiksyen, dia tertarik untuk menghasilkan filem vampires selepas terbaca sebuah tulisan seorang blogger yang dikenali sebagai Nazri Vovinski tentang vampires.

"Dalam tulisannya itu, dia mengatakan tentang kewujudan vampires di Malaysia dan tulisannya itu agak melucukan.

"Kemudian saya bermimpi pula tentang adanya seorang vampires jahat yang ingin menguasai dunia dan mulai saat itu saya bertekad untuk menghasilkan sebuah filem vampires," ujarnya yang ditemui pada malam Tayangan Perdana "KL Vampires" di mmCineplexes eCurve, semalam.


Devan kemudian memulakan proses untuk membikin filem "KL Vampires" apabila bertemu dengan Nazri untuk menghasilkan skrip filem itu.

Bagaimanapun menurut Devan, bukan mudahnya menghasilkan filem ini kerana sukar untuknya mendapatkan dana berikutan pihak tersebut kurang yakin dengan filem yang ingin dihasilkannya kerana berkata tiada vampires di Malaysia.

Pengarah itu terus membuat kajian dan akhirnya menemui mitos mengenai Raja Bersiong yang mana ia telah memberinya idea untuk mencipta sebuah 'universe' vampires di Malaysia berdasarkan mitos itu.

Filem yang mula menjalani penggambaran pada tahun 2016 itu mengambil tempoh hampir tiga tahun untuk disiapkan kerana kekangan dana berikutan menggunakan imej janaan komputer (CGI) yang banyak.

"KL Vampires" yang dibintangi oleh barisan pelakon terkenal Malaysia dan Indonesia seperti Raja Ilya, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Josiah Hogan, Pablo Amirul, Donny Alamsyah, Cecep Arif Rahman dan ramai lagi ini akan menemui penonton di seluruh negara bermula 14 November ini.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
KL Vampires (Melayu) (14 November 2019)





Ticket Pricing Guide