Buletin
Diana Danielle & Farid Kamil bakal bergandingan dalam "Remp-It 2"


Tarikh disiarkan: 31 Julai 2019


Diana Danielle tak lepaskan peluang untuk timba ilmu dalam penerbitan filem.

31 Jul – Pernah berpendirian enggan bekerja dengan suaminya, kini pelakon Diana Danielle mula bersikap terbuka apabila dia bakal bekerjsama dengan suaminya yang juga pengarah dan pelakon Farid Kamil untuk sebuah filem terbaru.

Kedua-dua mereka akan bekerjasama dalam filem sekuel "Remp-It 2" yang akan diterbitkan sendiri oleh suaminya.

"Rasanya ramai yang tahu bahawa saya sering mengelak untuk bekerjasama dengan Farid dalam kerja. Tetapi kali ini dia berjaya memujuk saya untuk bekerjasama dengan kerja seninya.


"Farid mahu saya belajar mengenai selok-belok dunia penerbitan. Saya pula tidak pernah mempunyai latar belakang ilmu berkaitan penerbitan. Jadi, apa salahanya," ujanrya yang dipetik dari Kosmo!

Menerui filem ini, pelakon "Hanyut" ini akan bertindak sebagai sebagai pembantu penerbit kepada suaminya.

Dalam perkembangan lain, selain berlakon Diana juga kini sedang sibuk mengumpulkan bahan untuk album penuh terbarunya yang dijangka akan diriliskan pada tahun hadapan.

Menurut Diana, album terbarunya itu nanti akan mengetengahkan elemen muzik 'country', pop dan R&B.

Diana bagaimanapun berkata sebelum album penuh itu diriliskan dia akan muncul dengan single terbarunya terlebih dahulu sebelum penghujung tahun ini.

(Sumber foto: Diana Danielle Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Hanyut (Inggeris / Melayu) (24 November 2016)
Kami Histeria (Melayu) (6 Februari 2014)
Gol Dan Gincu Vol. 2 (Melayu) (25 Oktober 2018)