Buletin
"Dream Girl" bakal jadi filem dapat kutipan tertinggi Ayushmann Khurrana


Tarikh disiarkan: 11 Oktober 2019

Ayushmann nyata gembira apabila dua buah filem lakonannya berjaya kutip lebih INR 100 crore.
Ayushmann nyata gembira apabila dua buah filem lakonannya berjaya kutip lebih INR 100 crore.

11 Oct – Filem "Dream Girl" lakonan Ayushmann Khurrana kini sedang ditayangkan di pawagam mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sudah pun berjaya mengutip INR 150 crore (lebih RM91 juta).

Sekiranya ia terus cemerlang di layar perak ia akan menjadi filem pertama dalam kerjaya Ayushmann mendapat kutipan setinggi itu.

"Filem "Dream Girl" bakal menjadi filem dengan kutipan tertinggi dalam kerjaya Ayushmann Khurrana," ujar penganalisis Taran Adrash yang dipetik dari Masala.


Selain "Dream Girl", Ayushmann juga bakal sahaja muncul dengan filem "Chhichhore" yang mana ia turut berjaya menjadi filem pecah panggung.

"Saya tidak pernah menyangka dapat 'masuk kelab' INR 100 crore. Ia merupakan momen yang sangat indah buat saya sebagai seorang pelakon apabila dua buah filem saya berjaya mendapat kutipan melebihi INR 100 crore."

Filem komedi yang ditayangkan pada 13 September lalu itu diarahkan oleh Raaj Shaandilyaa berkisarkan mengenai seorang pekerja pusat panggilan yang bercakap dengan lelaki dengan menyamar sebagai wanita.

Ia dibintangi oleh Ayushmann yang bergandingan dengan Nushrat Bharucha sebagai peneraju.

(Sumber: Masala)

(Sumber foto: Pinkvilla)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide