"Ejen Ali The Movie" ditayangkan di Indonesia 1 Januari 2020 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Ejen Ali The Movie" ditayangkan di Indonesia 1 Januari 2020

Penulis: Ashraf Nasser

Mampukah "Ejen Ali The Movie" kutip RM40 juta? Sama-sama kita tunggu!
Mampukah "Ejen Ali The Movie" kutip RM40 juta? Sama-sama kita tunggu!

23 Dis – Selepas berjaya mecetuskan fenomena di pawagam tempatan, filem animasi "Ejen Ali The Movie" terus mencipta kejayaan apabila filem animasi terbitan Wau Animation itu akan ditayangkan di Indonesia pada 1 Januari 2020.

Perkara itu didedahkan oleh Pegawai Eksekutif Wau Animation iaitu Usamah Zaid Yasin yang nyata terharu apabila ada peminat tegar "Ejen Ali" sanggup terbang ke Malaysia untuk menonton filem pertama mereka.

"Kami menerima pelbagai maklum balas daripada peminat di Indonesia. Rata-rata bertanya mengenai tarikh tayangan filem animasi ini di pawagam negara mereka.

"Bukan itu sahaja, ada peminat tegar "Ejen Ali" sanggup terbang dari Indonesia ke sini, semata-mata untuk filem ini, kami sangat terharu dengan sokongan yang diterima," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Terdahulu, filem animasi yang diterbitkan bersama Primeworks Studios itu berjaya mendapat kutipan lebih RM25 juta selepas ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kejayaan "Ejen Ali The Movie" ini adalah filem animasi ketiga tempatan yang berjaya meraih kutipan lebih RM20 juta pada tahun ini selepas "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal" dan "BoBoiBoy Movie 2".

(Sumber foto: TGV)

Cinema Online, 23 Dis 2019

Filem Berkaitan:
Ejen Ali: The Movie (Malay) (28 Nov 2019)


Waktu Tayangan