"Ejen Ali The Movie" kutip RM20 juta dalam tempoh 2 minggu | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Ejen Ali The Movie" kutip RM20 juta dalam tempoh 2 minggu

Penulis: Ashraf Nasser

Mampukah
Mampukah "Ejen Ali The Movie" cipta rekod kutipan baru?

13 Dis – Filem animasi pertama terbitan Wau Animation iaitu "Ejen Ali The Movie" terus cemerlang apabila berjaya meraih kutipan RM20 juta dalam tempoh dua minggu tayangannya.

Kejayaan ini menyaksikan sasaran yang diletakkan oleh pengarahnya yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Wan Animation iaitu Usamah Zaid Yasin berjaya dicapai dalam tempoh yang singkat.

Usamah nyata bersyukur dan teruja dengan prestasi cemerlang filem animasi pertamanya sekaligus akan menjadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan animasi berkualiti.

"Harapan kami, sokongan yang diberikan tidak terhenti setakat ini dan angka kutipan filem akan terus meningkat," ujarnya.

Filem terbitan bersama Primeworks Studios ini mula ditayangkan pada 28 November lalu yang mana ia menelan belanja sekitar RM6.5 juta.

Ia berkisarkan mengenai Ali, yang berusia 12 tahun direkrut menjadi perisik di Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Cinema Online, 13 Dis 2019

Filem Berkaitan:
Ejen Ali: The Movie (Malay) (28 Nov 2019)


Waktu Tayangan