Buletin
Ernie Zakri masih ingin berlakon


Tarikh disiarkan: 9 Oktober 2019

Ernie Zakri mengakui watak Suri mencabar kemampuan dirinnya.
Ernie Zakri mengakui watak Suri mencabar kemampuan dirinnya.

9 Okt – Biarpun mengakui watak psiko yang digalasnya dalam drama "Suri Katriana" agak berat, namun perkara itu tidak menghalang penyanyi Ernie Zakri untuk terus berlakon pada masa akan datang.

"Jauh dalam sudut hati, saya agak menyesal terima tawaran berlakon drama ini kerana pada mulanya, saya dengar watak Suri hanya perlu menyanyi dan menari. Saya fikir macam 'kacang' sahaja namun lain pula jadinya.

"Apa pun, siapa saya untuk menolak rezeki. Mana tahu jika selepas ini ada tawaran berlakon yang bersesuaian, saya akan mempertimbangkannya," katanya yang dipetik dari laporan Kosmo Online.

Dalam pada itu, Ernie bersyukur kerana dia menerima tunjuk ajar serta nasihat daripada pelakon-pelakon lain seperti Ummi Nazeera, Hasnul Rahmat dan Zul Huzaimy yang turut membintangi drama tersebut.


"Alhamdulillah, walau saya baru hendak belajar berlakon, mereka tidak pernah memperkecilkan usaha saya," tambahnya lagi.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu lagi, salah satu cabaran yang dihadapinya sepanjang menjayakan watak berkenaan adalah babak yang mana memerlukannya untuk menangis.

Drama arahan Pali Yahya itu akan mula ditayangkan mulai 29 Oktober ini menerusi saluran Astro Prima.

Beralih ke perkembangan lain, Ernie kini diangkat sebagai mentor dalam program realiti nyanyian Mentor Milenia 2019 serta bakal terlibat dengan Konsert Karya Agung Pak Ngah pada 14 dan 15 November depan.

Selain Ernie, konsert yang bertempat di Istana Budaya itu akan turut disertai oleh Orkestra Tradisional Malaysia dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

(Sumber foto: Ernie Zakri Instagram)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide