Buletin
Farah Nabilah belum sedia untuk berumah tangga


Tarikh disiarkan: 20 Ogos 2019


Farah Nabilah akan buat sidang media sekiranya dia mahu berkahwin nanti.

20 Ogos – Pelakon Farah Nabilah tampil menyangkal dakwaan kononnya dia bakal melangsungkan majlis perkahwinannya dalam masa terdekat ini selepas dikatakan sudah mengedar kad kahwinnya.

"Ada yang kata saya bakal berkahwin Oktober ini sedangkan ketika itu saya akan berada di Jerman. Tak ada edar apa-apa kad pun dan saya tak tahu dari mana datangnya dakwaan itu.

"Biasalah orang buat spekulasi, mereka tak sabar mahu saya berkahwin agaknya. Jangan bimbang, apabila tiba masanya saya tetap akan beritahu," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Pelakon "Baby Bro" akui masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini tetapi sememangnya sudah ada perancangan ke arah itu.


Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun berkata sekiranya dia sudah bersedia ke alam perkahwinan dia akan mengadakan satu sidang media bagi mengumumkan berita gembira itu.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan kerjayanya, Farah meluahkan rasa bersyukur apabila namanya dan Fikry Ibrahim tercalon sebagai finalis kategori online, Gandingan Serasi Drama Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

(Sumber foto: Farah Nabilah Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser