Buletin
Farah Khan jawab spekulasi mengenai 'remake' "Satte Pe Satta"


Tarikh disiarkan: 18 Oktober 2019

Farah Khan biarkan orang ramai tertanya-tanya mengenai filemnya.
Farah Khan biarkan orang ramai tertanya-tanya mengenai filemnya.

18 Okt – Baru-baru ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai 'remake' filem aksi komedi "Satte Pe Satta" 1982 yang bakal diarahkan oleh pengarah filem "Om Shanti Om", Farah Khan.

Projek filem itu merupakan debut kerjasama antara Farah dan penerbit terkenal Rohit Shetty. Antara spekulasi yang disebarkan adalah mengenai aktor Hrithik Roshan dan Anushka Sharma, yang dikatakan bakal menerajui filem tersebut.

"Rohit merupakan penerbit filem ini dan saya adalah pengarahnya. Melainkan kami sendiri yang membuat pengumuman, segala berita yang tersebar adalah spekulasi semata-mata.


"Jika tiada sebarang halangan, kami akan membuat pengumuman rasmi pada Deepavali. Saya sedang menanti Rohit, kerana sejak kebelakangan ini dia agak sibuk menghabiskan penggambaran filem "Sooryavanshi".

"Jadi buat masa ini, biarlah orang ramai kekal tertanya-tanya dan terus meneka. Saya akan terus mengatakan semuanya adalah spekulasi," ujarnya yang dipetik dari Times of India.

Sebelumnya, pengarah itu telah mengumumkan kolaborasinya bersama Rohit pada awal tahun ini, yang mana dia menyatakan ia sebuah projek filem yang besar tanpa mendedahkan butirannya.

Dalam pada itu, Rohit turut meluahkan rasa teruja kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Farah serta menyifatkan dia sebagai seorang pengarah berbakat dan rajin.

(Sumber foto: Simply Amina)
(Sumber artikel: Times of India)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide