Buletin
Farhan Akhtar ingin berlakon dalam filem terbitan Priyanka Chopra


Tarikh disiarkan: 12 Oktober 2019

Farhan Akhtar berharap "The Sky Is Pink" akan mendapat sambutan daripada penonton.
Farhan Akhtar berharap "The Sky Is Pink" akan mendapat sambutan daripada penonton.

12 Okt – Selepas bergandingan dengan aktres Priyanka Chopra Jonas dalam filem "The Sky Is Pink", aktor Farhan Akhtar mendedahkan keinginannya untuk berlakon dalam sebuah filem terbitan syarikat produksi Priyanka.

"Filem ini mempunyai sebuah jalan cerita yang menyentuh hati. Ia berdasarkan satu kisah benar dan saya rasa penonton mudah berkait dengan kisah-kisah benar.

"Selain itu, saya juga sudah lama ingin bekerja dengan pengarah filem ini, Shonali Bose, selepas menonton filem terakhirnya "Margarita With A Straw".


"Priyanka Chopra turut membantu menerbitkan filem ini, dan saya berharap suatu hari nanti saya berpeluang untuk berlakon dalam sebuah filem terbitan syarikat produksinya," ujar Farhan yang dipetik dari India Today.

Ini bukanlah kali pertama kedua-dua mereka bekerjasama dalam sebuah filem. Sebelumnya, Farhan telah tampil sebagai pengarah bagi siri filem aksi thriller terkenal lakonan Priyanka, "Don" dan "Don 2".

Selain itu, mereka juga pernah bergandingan menerusi filem arahan kakaknya, Zoya Akhtar, berjudul "Dil Dhadakne Do" yang turut menampilkan Ranveer Singh dan Anil Kapoor.

Dalam pada itu, Farhan berharap filem "The Sky Is Pink", yang mula ditayangkan pada 11 Oktober, akan menerima maklum balas yang baik daripada para penonton.

Farhan juga akan membintangi filem "Toofan" arahan Rakeysh Omprakash Mehra yang dijangka akan ditayangkan pada Oktober tahun hadapan.

(Sumber foto: Clash Magazine)
(Sumber artikel: India Today)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide