Tulang tangan Farhan Akhtar retak ketika penggambaran "Toofan" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Tulang tangan Farhan Akhtar retak ketika penggambaran "Toofan"

Penulis: Nisa Irina

Farhan Akhtar tidak jemu memuat naik rakaman sesi latihannya buat para peminat.
Farhan Akhtar tidak jemu memuat naik rakaman sesi latihannya buat para peminat.

15 Oct – Aktor Farhan Akhtan mengalami kecederaan apabila tulang tangannya tangan retak (hairline fracture) ketika menjalani penggambaran filem terbarunya "Toofan" pada Ahad.

Menerajui filem itu sebagai watak ahli tinju, aktor berusia 45 tahun itu turut berkongsikan imej X-Ray tangannya yang retak pada bahagian tulang karpus menerusi laman Instagram miliknya.

"Ya, itulah kecederaan tinju pertama saya. Satu 'hairline fracture' pada bahagian tulang hamate yang didapati pada tulang-tulang karpus tangan," ujarnya yang ditulis pada kapsyen imej tersebut seperti yang dilaporkan oeh NDTV.

Menurut Farhan, ini adalah kali pertama dia mengalami kecederaan ketika melakukan sukan tinju. Sebagai persiapan, dia dilihat banyak menghabiskan masa di gim demi menjalani jadual latihan yang padat.

"Toofan" diarahkan oleh Rakeysh Omprakash Mehra yang pernah bekerja dengan Farhan sebelum ini menerusi filem pecah panggung "Bhaag Milka Bhaag".

Menerusi biopik itu, Farhan telah menjayakan watak atlet lari pecut Olimpik lagenda, Milkha Singh. Demi membangkitkan keterujaan para peminat, Farhan sering memuat naik rakaman-rakaman video latihannya serta poster filem. "Toofan" akan ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober 2020.

Walaupun sibuk berlatih sukan tinju, pada masa yang sama juga Farhan kini sedang mempromosikan filem "The Sky Is Pink" bersama aktres gandingannya, Priyanka Chopra Jonas.

Sejak ditayangkan pada 11 Oktober lalu, filem yang menyentuh emosi itu berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton secara global.

(Sumber foto: GQ India)

(Sumber artikel: NDTV)

Cinema Online, 15 Okt 2019


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan