Farhan Akhtar kembali jalani penggambaran "Toofan" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Farhan Akhtar kembali jalani penggambaran "Toofan"

Penulis: Ashraf Nasser

Farhan Akhtar kembali beraksi setelah pulih dari kecederaan tulang tangan retak.
Farhan Akhtar kembali beraksi setelah pulih dari kecederaan tulang tangan retak.

25 Okt– Bintang popular Farhan Akhtar kembali ke set penggambaran filem aksi terbarunya berjudul "Toofan" selepas pulih dari kecederaan tulang tangannya retak (hairline fracture) baru-baru ini ketika peggambaran berlangsung.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, penggambaran filem itu kini sedang berlangsung di Dongri yang mana menyaksikan aktor itu kembali berkolaborasi dengan pembikin filem terkenal iaitu Rakeysh Omprakash Mehra setelah kali terakhir mereka bekerjasama dalam filem pecah panggung berjudul "Bhaag Milka Bhaag".

Dalam pada itu, demi memastikan dirinya berjaya membawa watak sebagai seorang peninju, Farhan telah menjalani latihan tinju secara intensif selama beberapa bulan bagi memastikan dia kelihatan seperti peninju sebenar dalam filem itu.

Malah apa yang membuatkan peminat menjadi lebih teruja adalah apabila aktor itu sering memuat naik perkembangannya semasa latihan berlangsung.

Filem terbita Excel Entertainment Production dengan kerjasama ROMP Pictures ini akan menemui penonton pada 2 Oktober 2020.

Terdahulu, Farhan baru sahaja muncul dengan filem terbarunya berjudul "The Sky Is Pink" bersama Priyanka Chopra Jonas.

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: India Today)

Cinema Online, 25 Okt 2019

Waktu Tayangan