Farid Kamil akhirnya bakal muncul dengan filem terbaru | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Farid Kamil akhirnya bakal muncul dengan filem terbaru

Penulis: Ashraf Nasser


Farid Kamil bersama penulis skrip filem mawas di lokasi penggambaran.

21 Feb - Setelah sekian lama tidak muncul di layar perak mahu pun di kaca televisyen, pelakon Datuk Farid Kamil akhirnya memberitahu dia bakal muncul dengan sebuah filem terbaru tidak lama lagi.

Menurut Farid, filem tersebut diarahkan oleh pengarah dari India yang hanya ingin dikenali sebagai Roy.

"Filem itu berkisarkan kisah pemburuan haiwan mitos di Nusantara iaitu mawas. Turut terbabit dalam pembikinan filem ini ialah Reen Rahim. Penggambaran dilakukan dalam negara sahaja.

"Filem ini sangat menarik kerana mengangkat haiwan mitos sebagai penggerak jalan cerita. Sewaktu menerima tawaran ini saya teringin membawakan watak sebagai mawas. Bagaimanapun, produksi memberi tanggungjawab kepada saya untuk membawakan watak sebagai pemburu," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Tambah pelakon "Tombiruo: Penunggu Rimba" ini lagi, watak mawas itu diberikan kepada pelakon lain yang mana sepanjang penggambaran sedang dilakukan dia tidak pernah sekali pun melihat wajah sebenar pelakon di sebalik kostum mawas berkenaan.

Dalam pada itu, Farid berkata filem ini tidak akan ditayangkan dalam masa terdekat kerana ia mengambil proses yang agak lama.

Ini kerana pada tahu ini mereka akan memberi fokus kepada penggambaran dan proses produksi sahaja, dan berharap peminat dapat bersabar.

Sementara itu, Farid memberitahu dia dan isteri terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk menyambung pengajian bersama di luar negara berikutan perlu melalui proses naik turun mahkamah untuk perbicaraan kesnya yang masih lagi dalam perbicaraan.

Farid dan isterinya yang juga pelakon Diana Danielle merancang untuk menyambung pengajian di sebuah akademi seni di Gold Coast, Australia.

(Sumber foto: Farid Kamil Instagram)

Cinema Online, 21 Feb 2019

Filem Berkaitan:
Tombiruo: Penunggu Rimba (Malay) (12 Oct 2017)
Anak Jantan (Malay) (30 Oct 2014)
Kongsi (Malay) (12 May 2011)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan