Farid Kamil dipenjara 9 bulan atas kesalahan dadah | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Farid Kamil dipenjara 9 bulan atas kesalahan dadah

Penulis: Ashraf Nasser


Farid Kamil tidak dibenarkan untuk tangguh hukuman penjara.

16 Mei – Nampaknya pada tahun ini pengarah dan pelakon popular Datuk Farid Kamil tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan.

Menurut laporan dari Harian Metro, Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman tersebuta selepas Farid didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hyrocannibol pada awal Januari tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham juga tidak membenarkan hukuman ditangguhkan dan pelakon itu telah dihantar untuk menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bermula semalam.

Terdahulu, mahkamah telah memerintahkan pelakon "Tombiruo: Penunggu Rimba" membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Suami kepada pelakon Diana Danielle ini telah didakwa menggunakan dadah jenis ganja di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 11 Januari 2018.

Berikutan itu, dia telah didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

(Sumber foto: Free Malaysia Today)

Cinema Online, 16 Mei 2019

Filem Berkaitan:
J Revolusi (Malay) (02 Mar 2017)
Tombiruo: Penunggu Rimba (Malay) (12 Oct 2017)
Anak Jantan (Malay) (30 Oct 2014)


Waktu Tayangan