Buletin
Fasha Sandha tiada masalah berlakon dengan suami


Tarikh disiarkan: 4 April 2019


Fasha Sandha bersyukur rezekinya semakin murah selepas mendirikan rumah tangga.

4 Apr - Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia sedia berlakon bersama suaminya iaitu Aidil Aziz sekiranya mendapat tawaran daripada pihak produksi.

"InsyaAllah sekiranya dapat tawaran saya tiada masalah untuk bergandingan dengan Aidil dan saya rasa suaminya juga sama," ujarnya yang ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta InnerShine di 1 Utama, semalam.


Fasha atau nama Nur Fasha Sandha Hassan juga mendedahkan yang dia dan suami tidak pernah menetapkan sebarang syarat berlakon kerana masing-masing sudah tahu batasan apabila sudah bergelar sebagai pasangan suami isteri.


Fasha Sandha bersama Pengurus Senior Jenama, BRAND'S Suntory Ms Lam Hui Min.

Dalam pada itu, Fasha berkata walaupun dia baru sahaja berkahwin, namun dia tidak akan berehat dari aktif dengan kerjaya seninya.

"Selepas majlis akad nikah di Perlis, saya dan suami ambil keputusan untuk berbulan madu di Langkawi, Kedah untuk tiga hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk hadir pada majlis ini. Cuma buat masa ini saya hanya fokus pada kerja-kerja sebagai duta produk.

"Bagaimanapun pada hujung bulan ini saya akan kembali aktif dengan penggambaran drama terbaru sahaja pula."

Sementara itu, selain drama pelakon berusia 35 tahun ini juga bakal muncul dengan dua buah filem terbaru iaitu "Cerana Biduk Bu Merah" dan "Apa-Apa Dengan Dosa" yang kini dalam proses pos-produksi.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Penanggal (Melayu) (28 November 2013)
Anak Mami Nasi Kandaq (Melayu) (6 Julai 2016)
Badang (Melayu) (15 Februari 2018)