Buletin
Fathia Latiff rehat berlakon demi fokus pada kerjaya muzik


Tarikh disiarkan: 16 Julai 2019


Fathia Latiff hanya akan berlakon sekiranya ditawarkan watak yang sesuai.

16 Jul – Pelakon kontroversi Fathia Latiff kini berehat dari dunia lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya barunya dalam bidang muzik.

Menurut Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, ketika ini dia sedang dalam proses menyiapkan single terbarunya.

"Buat masa ini, saya sedang sibuk di studio untuk menyiapkan rakaman single baharu berjudul "Jika Aku Tahu". Single ini sangat istimewa kerana ia merupakan karya saya sendiri.


"Lagu ini berentak belada dan mengisahkan pemergian orang tersayang. Lagu ini mempunyai maksud yang sangat mendalam dan saya berharap agar sesiapa yang merindui orang yang telah tiada, boleh mendengarkan lagu ini," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Dalam pada itu, pelakon "Darah Panas" ini berkata walaupun fokusnya kini pada bidang muzik, namun dia masih berkeinginan untuk berlakon sekiranya watak yang ditawarkan sesuai dan menepati apa yang dimahukannya.

Ditanya bagaiamana keadaan kerjayanya ketika ini selepas terpalit dengan kontroversi apabila dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung, Fathia berkata dia percaya pada bakat dapat membawanya pergi jauh dan kekal lama dalam industri.

Malah pelakon berusia 32 tahun ini juga nekad untuk tidak lagi terpalit dengan kontroversi seperti yang berlaku kepadanya sebelum ini.

(Sumber foto: Fathia Latiff Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Darah Panas (Melayu) (4 Jun 2015)