Fattah Amin cedera ketika penggambaran "Deleted" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Fattah Amin cedera ketika penggambaran "Deleted"

Penulis: Ashraf Nasser


Fattah Amin kini sedang sibuk dengan penggambaran filem terbarunya.

23 Ogos – Pelakon Fattah Amin memberitahu dia mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul "Deleted".

Menurut Fatah, kecederaan pergelangan kakinya itu berlaku atas kecuaiannya sendiri.

"Sebenarnya salah saya sendiri ketika babak kejar mengejar saya tersalah pihak batu dan pergelangan kaki saya terseliuh.


"Nak diikutkan berjalan pun saya tak boleh sebab terlalu sakit. Jadi, saya hanya makan ubat penahan sakit untuk membolehkan saya berjalan di pentas KLFW memandangkan ini kali pertama jenama saya sendiri, Fattastic muncul di KLFW," ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Dalam pertunjukkan fesyen tahun ini, KLFW telah mengangkat tema Gang 75 yang mana ia turut disertai oleh isteri pelakon "KL Special Force" itu iaitu Nur Fazura menerusi jenama Fazbulous.

(Sumber foto: Fattah Amin Instagram)

Cinema Online, 23 Ogos 2019

Filem Berkaitan:
KL Special Force (Malay) (08 Mar 2018)


Waktu Tayangan