Fazura bakal muncul dengan "The Legend Of Pontianak" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Fazura bakal muncul dengan "The Legend Of Pontianak"

Penulis: Ashraf Nasser


Fazura bakal lancar single terbaru tidak lama lagi.

7 Jan – Setelah lama tidak melihat kelibat pelakon Nur Fazura di layar perak, aktres itu mendedahkan dia bakal muncul dengan filem terbarunya tidak lama lagi.

Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, filem tersebut adalah filem seram berjudul "The Legend Of Pontianak" namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai filem tersebut.

Pada masa sama, pelakon "Manisnya Cinta Di Cappadocia" ini turut menjelaskan mengapa kelibatnya kini sudah tidak kelihatan di kaca televisyen mahu pun di layar perak.

"Buat masa ini saya belum terlibat dengan sebarang penggambaran drama. Saya bersikap agak selektif kerana tidak mahu terlibat dengan projek drama yang klise seperti cinta tiga segi dan perebutan harta.

"Jika boleh, saya mahukan sebuah projek drama seperti "Nur". Bagi saya "Nur" merupakan sebuah drama yang amat bagus," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Walaupun tidak berlakon, isteri kepada pelakon popular Fattah Amin ini masih aktif dengan dunia muzik apabila dia bakal melancarkan single terbarunya dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Fazura menyangkal dakwaan kononnya dia kini sudah berbadan dua selepas satu perkongsian video oleh suaminya di laman sosial Instagram memperlihatkan 'baby bump'.

"Ceritanya, ketika dalam pesawat menuju ke destinasi percutian Maldives, saya dan Fattah seharian tidak makan. Jadi sebakik tiba, kami makan dengan kuantiti yang banyak," jelasnya.

Sementara itu, Fazura berasa bersyukur apabila ramai yang prihatian dengan keadaannya dan berkata sekiranya sudah ada rezeki hamil, pasti dia akan berkongsi berita gembira itu dengan orang ramai.

(Sumber foto: Fazura Instagram)

Cinema Online, 07 Jan 2019

Filem Berkaitan:
Manisnya Cinta Di Cappadoccia (Malay) (11 Dec 2014)
Langit Cinta (Malay) (07 Jan 2016)
J Revolusi (Malay) (02 Mar 2017)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan