"Fly By Night" papar sisi gelap pemandu teksi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Fly By Night" papar sisi gelap pemandu teksi

Penulis: Ashraf Nasser


Selain Malaysia, filem ini turut ditayangkan di festival filem antarabangsa sebelum ini.

3 Apr – Pengarah filem aksi jenayah "Fly By Night – Sebelum Pagi Berakhir" Zahir Omar teruja apabila impian untuk hasilkan filem ini kira-kira tujuh tahun lalu akhirnya tercapai dan ia bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Zahir Omar yang mempunyai pengalaman sebagai pengarah iklan sebelum ini, berkata dia menghasilkan naskhah ini kerana dia salah seorang penggemar naskhah bergenre neo-noir (genre filem misteri dan drama jenayah).

"Sepanjang tempoh tersebut, saya memikirkan jalan cerita yang bersesuaian dengan kehidupan sosial rakyat Malaysia. Akhirnya saya memilih untuk mengetengahkan kisah pemandu teksi memandangkan mereka lebih dekat dengan masyarakat serta merasai pelbagai pengalaman hidup," ujarnya.

Zahir mengakui berdepan cabaran ketika menjayakan filem ini kerana ia bukan sahaja filem pertamanya, tetapi penggunaan bahasa juga memberikan cabaran tersendiri buatnya.

"Dalam filem ini, 70 peratus menggunakan bahasa Mandarin dan selebihnya bahasa Melayu. Malah, saya cuma mahir sedikit dalam bahasa Hokkien dan Kantonis."

Dia bagaimanapun lega kerana setiap pelakon memberikan komitmen yang cukup tinggi dalam menjayakan watak mereka.

Filem terbitan Planet Films Sdn Bhd ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Fabian Loo, Eric Chen, Jack Tan dan Joyce Harn.

"Fly By Night" akan menemui penonton di seluruh negara bermula 11 April ini.

Cinema Online, 03 Apr 2019

Filem Berkaitan:
Fly By Night (Malay / Mandarin) (11 Apr 2019)


Waktu Tayangan