Skrip untuk filem "Dabangg 4" sudah siap | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Skrip untuk filem "Dabangg 4" sudah siap

Penulis: Ashraf Nasser


Salman Khan belum beri kata putus samada akan terlibat dalam "Dabangg 4" atau tidak.

13 Dis – Berita gembira buat peminat filem dari francais "Dabangg" apabila pelakon utamanya dan juga penerbit iaitu Salman Khan mendedahkan skrip untuk filem keempat sudah pun siap walaupun filem ketiga iaitu "Dabangg 3" masih belum ditayangkan.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, aktor itu mendedahkan perkara tersebut ketika mempromosikan filem itu baru-baru ini.

Salman bagaimanapun tidak mendedahkan samada dia akan kembali sebagai Chulbul Pandey dalam filem keempat atau tidak.

Malah, siapa yang akan mengarah filem keempat itu juga belum diketahui lagi.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai "Dabangg 3" yang akan menemui penonton pada 20 Disember akan menyaksikan anak perempuan kepada lagenda Bollywood Mahesh Manjrekar iaitu Saiee Manjrekar akan membuat debutnya.

Selain Salman dan Saiee, "Dabangg 3" turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Sonakshi Sinha, Arbaaz Khan dan Kicha Sudeep sebagai peneraju.

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: Indianexpress)

Cinema Online, 13 Dis 2019

Waktu Tayangan