Buletin
Akshay Kumar: Filem berperanan untuk didik masyarakat


Tarikh disiarkan: 20 April 2019


Akshay Kumar bangga dengan pencapaiannya membawa watak antagonis melalui filem "2.0".

20 Apr – Aktor Akshay Kumar berpendapat bahawa panggung wayang bukan sekadar medium untuk menyiarkan filem, malah ia bertujuan untuk mendidik masyarakat.

Menurut laporan dari HindustanTimes, Akshay berkata filem-filem dibintanginya seperti "Padman", "Toilet: Ek Prem Katha" mahupun "2.0" yang bakal disiarkan di Zee padat dengan mesej.

"Saya rasa filem adalah salah satu komunikasi yang paling berkesan dan diguna pakai semua lapisan masyarakat bukan sahaja di India, malah dia seluruh dunia.

"Ia merupakan cara untuk menyampaikan mesej dan dalam masa yang sama, mendidik mereka. Saya rasa tiada guna menjadi seorang yang berpengaruh jika kita tidak menggunakan platform itu dengan baik bagi memajukan negara. Ini adalah cara saya berterima kasih," ujar beliau.


Aktor berumur 52 tahun ini membawa watak antagonis sebagai seorang saintis bernama Richard dalam "2.0" yang merupakan filem Tamil pertamanya beliau bersama bintang Rajinikanth.

Filem pecah panggung terbaru lakonannya berjudul "Kesari" menerima sambutan yang cukup memberangsangkan sejak hari pertama ia ditayangkan pada bulan lalu.

Filem aksi itu berkisarkan mengenai sejarah peperangan dan merupakan filem kedua terbaiknya selepas "2.0".

(Sumber foto: DNA India)

Penulis: Nisa Irina