Buletin
Tayangan filem Hrithik Roshan "Super 30" ditunda


Tarikh disiarkan: 11 Mei 2019


Hrithik Roshan tunda tayangan filemnya untuk elak konflik berlanjutan.

11 Mei – Bintang terkenal Hrithik Roshan telah menunda tayangan filem terbarunya berjudul "Super 30" ke satu tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

Hrithik berbuat demikian selepas dihentam oleh Rangoli Chandel apabila tayangan "Super 30" bertembung dengan tayangan filem "Mental Hai Kya" yang diterajui oleh Kangana Ranaut dan Rajkummar Rao.

"Jadi untuk tidak membenarkan filem saya dari terus dihentam oleh pihak tidak bertanggungjawab, saya telah ambil keputusan untuk menukar tarikh tayangan filem saya iaitu "Super 30" bagi menyelamatkan diri dari perkara buruk yang bakal berlaku.


"Walaupun filem ini sudah siap untuk tayangan, saya telah meminta penerbit saya untuk tukar dan umum tarikh tayangan baru secepat mungkin," tulis Hrithik di laman sosialnya yang dipetik dari Masala.

Konflik antara Rangoli dan Hrithik mula tercetus apabila tarikh tayangan kedua-dua filem itu bertembung dan ini membuatkan Rangoli tidak berpuas hati berikutan ia mungkin akan menjejaskan kutipan filem itu.

Susulan penundaan filem "Super 30", ia bermakna pada 26 Julai ini hanya filem "Mental Hai Kya" sahaja yang akan ditayangkan di pawagam.

(Sumber foto: Forbesindia)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide