Buletin
Tonton filem ikonik P. Ramlee di TGV Cinemas


Tarikh disiarkan: 22 Ogos 2019


Salah satu babak melucukan dalam "Madu Tiga".

22 Ogos – Bersempena dengan bulan Kemerdekaan ke-62 negara, pihak TGV Cinemas telah melancarkan kempen The Gemilang Vibes yang mana mereka akan menayangkan beberapa buah filem ikonik daripada Seniman Negara iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di pawagam TGV terpilih.

Antara filem-filem klasik P. Ramlee yang akan ditayangkan di pawagam TGV adalah "Anakku Sazali", "Labu dan Labi", "Ibu Mertuaku", "Nujum Pak Belalang" dan "Madu Tiga".


Kelima-lima filem ini merupakan sebuah karya 'masterpiece' yang mana sehingga kini ia masih lagi menjadi kegemaran rakayat Malaysia.


Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung sepanjang kempen The Gemilang Vibes.

Selain menayangkan filem terbaik P. Ramlee, kempen The Gemilang Vibes juga akan menyaksikan dua buah filem lain turut ditayangkan iaitu "Adiwiraku" dan "Paskal The Movie" menerusi Classics of Malaysian Cinema.

Malah sudut Retro turut akan diwujudkan di beberapa pawagam terpilih bagi memberikan 'mood' sinema klasik.

Sementara itu, jalur gemilang turut akan diedarkan kepada pelanggan sepanjang bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia kali ini.

(Sumber foto: TGV Cinemas)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: