Filem Ajay Devgn "Tanhaji" akan dirilis dalam versi Marathi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Filem Ajay Devgn "Tanhaji" akan dirilis dalam versi Marathi

Penulis: Nisa Irina

Ajay Devgn berharap untuk menarik lebih ramai penonton bagi filem "Tanhaji".
Ajay Devgn berharap untuk menarik lebih ramai penonton bagi filem "Tanhaji".

8 Dis – Keputusan perbincangan pengarah Om Raut mengenai filem sejarah biografi "Tanhaji: The Unsung Warrior" lakonan Ajay Devgn berakhir dengan keputusan untuk menayangkannya dalam versi Hindi dan Marathi.

"Pada mulanya saya menghasilkan filem ini dalam versi Hindi kerana ingin dirilis secara global.

"Bagaimanapun Ajay berpendapat ia perlu dirilis dalam versi Marathi juga bagi memastikan ia boleh ditonton oleh penduduk dalam negeri," kata Om yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Menurut Om lagi, filem itu turut menampilkan barisan pelakon terkenal dari industri filem Marathi, termasuk Sharad Kelkar, Devdatta Nage dan Shashank Shende.

Dalam pada itu, Ajay berpendapat dengan adanya dua versi filem tersebut, ia dapat menarik lebih ramai penonton untuk menyaksikan filemnya.

"Ia satu peluang yang berharga untuk berkongsi kisah pewira hebat ini dalam bahasa ibundanya, dan juga dalam Hindi," ujar Ajay yang juga bertindak sebagai penerbit filem itu bersama Bhushan Kumar.

Untuk rekod, "Tanhaji" merupakan filem ke-100 lakonan Ajay dan ia menyatukannya semula bersama isteri, Kajol, yang menggalas watak sebagai isteri Tanhaji bernama Savitribai.

Selain Ajay dan Kajol, filem itu turut membariskan pelakon lain seperti Saif Ali Khan, Luke Kenny, Padmavati Rao, Jagapathi Babu, Pankaj Tripathi dan ramai lagi.

"Tanhaji" bakal menemui penonton di pawagam pada 10 Januari 2020.

(Sumber foto: Bollywood Hungama)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)

Cinema Online, 08 Dis 2019


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan