Buletin
Fouziah Gous kembali beraksi di hadapan kamera


Tarikh disiarkan: 25 Jun 2019


Fouziah Gous setuju untuk berlakon drama "Sara Sajeeda" kerana ia turut dibintangi ramai pelakon hebat.

25 Jun – Setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia lakonan, pelakon Fouziah Gous akhirnya bakal kembali beraksi di hadapan kamera apabila dia bersetuju untuk menerima tawaran berlakon sebuah drama tidak lama lagi.

"Setelah sekian lama, saya kembali berlakon drama, tapi bukanlah watak utama ya, susah nanti nak jaga anak-anak dan perniagaan.

"Susah juga nak terima mula-mula, tapi ini adalah sedikit hadiah untuk orang yang selalu sangat tanya soalan cepumas bila nak berlakon. Pelakon-pelakon hebat, cerita bagus jadi saya setuju," ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Pelakon "Sunti@Facebook" ini berkata akan membintangi drama berjudul "Sara Sajeeda" terbitan Zeel Productions Sdn Bhd.


Selain Fouziah, drama ini akan menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Tiz Zaqyah, Rita Rudaini, Tasha Shilla dan ramai lagi.

Sebelum menerima tawaran untuk berlakon drama, Fouziah membuat kemunculan dalam sitkom "Sepahtu" yang mana ia mendapat reaksi positif daripada peminat.

Terdahulu, dia terpaksa melupakan seketika mengenai dunia lakonan selepas mendirikan rumah tangga berikutan mahu memberi tumpuan kepada keluarga yang mana dia kini merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya mata.

Selain itu, Fouziah juga sibuk menguruskan perniagaan yang diusahakannya bersama suami.

(Sumber foto: Fouziah Gous Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide