Buletin
Hans Isaac enggan lepas jawatan Pengerusi FINAS


Tarikh disiarkan: 13 Disember 2019

Hans Isaac nafi tekan Ahmad Idham untuk lepas jawatan CEO FINAS awal.
Hans Isaac nafi tekan Ahmad Idham untuk lepas jawatan CEO FINAS awal.

13 Dis – Datuk Hans Isaac menegaskan yang dia tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) walaupun didesak berbuat demikian oleh enam persatuan artis baru-baru ini susulan kontroversi tempoh perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham dipendekkan.

"Saya dilantik oleh Menteri bukannya persatuan artis. Sepanjang kempimpinan baharu, saya bertindak mengikut peraturan, arahan ahli lembagai pengarah dan Akta 244 dalam kementerian.

"Terpulang kepada mereka untuk menuduh dan kami tidak boleh menghentikan tuduhan itu. Saya bersama ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan akan melaksanakan semua amanah yang diberi," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Terdahulu, FINAS telah mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan ahli lembaga FINAS telah meluluskan permohonan Ahmad Idham untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya sebagai CEO FINAS atas sebab-sebab peribadi.


Ahmad Idham bagaimanapun kemudian telah tampil mendedahkan yang dia terpaksa berbuat demikian selepas mendapat tekanan daripada pihak tertentu.

Dalam pada itu, Hans juga menyangkal dakwaan kononnya dia memberi tekanan kepada Ahmad Idham untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya sebagai CEO, sebaliknya ia adalah kemahuan CEO itu sendiri.

Malah dia juga mengakui sentiasa berkomunikasi dengan Ahmad Idham bagi menentukan hala tuju FINAS sehingga kini.

Sementara itu, Hans berkata dia berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap enam persatuan yang terlibat kerana melemparkan pelbagai finah sehingga menjejaskan nama baiknya, bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut mengenai tindakan apa yang akan diambilnya.

(Sumber foto: mStar)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Lemak Kampung Santan (Melayu) (8 Ogos 2013)
Nota (Melayu) (13 Ogos 2015)
J Revolusi (Melayu) (2 Mac 2017)





Ticket Pricing Guide