Buletin
Hrithik dan Rakesh Roshan bakal kembali dengan "Krrish 4"?


Tarikh disiarkan: 9 Oktober 2019

Hrithik Roshan bersama bapanya Rakesh yang bakal kembali mengarah filem "Krrish 4".
Hrithik Roshan bersama bapanya Rakesh yang bakal kembali mengarah filem "Krrish 4".

9 Okt – Aktor Hrithik Roshan dilaporkan bakal melibatkan diri dalam projek filem "Krrish 4" bersama bapanya, Rakesh Roshan, yang diangkat sebagai pengarah bagi filem tersebut.

Sebelumnya, filem itu telah ditangguhkan berikutan Rakesh perlu menjalani pembedahan pada Januari setelah didiagnosis dengan kanser kulit dan perlu berehat sehingga pulih sepenuhnya.

"Selepas "War", saya akan duduk bersama bapa saya, kumpulkan semua orang kembali dan akan mula bekerja bagi filem "Krrish 4".


"Kami terpaksa menangguhkannya sebelum ini sementara bapa saya dalam proses untuk pulih. Kini dia sudah beransur baik, kami akan mulakannya sekali lagi," katanya menerusi laporan dari Eastern Eye.

Dalam pada itu, terdapat laporan lain yang menyatakan Rakesh hanya akan membuat keputusan untuk mengarah filem tersebut selepas dia benar-benar pulih.

Beralih ke perkembangan lain, Hrithik dikatakan akan mula menjalani penggambaran bagi 'remake' filem "Satte Pe Satta" arahan Farah Khan dan diterbitkan oleh Rohit Shetty.

""Satte Pe Satta" adalah satu projek yang masih saya pertimbangkan tetapi keputusannya masih belum dimuktamadkan," tambahnya lagi.

(Sumber foto: Bollywood Hungama)
(Sumber artikel: Eastern Eye)

Penulis: Nisa Irina